Bekalan air pulih sepenuhnya

- Advertisement -

KUALA LUMPIR: Bekalan air di semua kawasan di enam wilayah yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) telah pulih sepenuhnya.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6:00 pagi ini.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat di atas kerjasama yang diberikan ketika gangguan bekalan sementara dan kerja-kerja penambahbaikan tersebut,” ujar Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store untuk maklumat mengenai bekalan air. – HARAKAHDAILY 27/4/2019

 

- Advertisement -