Pemusatan kuasa Pusat tundukkan K’jaan Negeri

- Advertisement -
KONFLIK antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah berlaku sejak Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan seterusnya apabila Perlembagaan Malaysia dibentuk. Antara konflik yang memperlihatkan bagaimana Kerajaan Pusat menggunakan kuasanya untuk lebih berkuasa adalah:
 
Era Persekutuan Tanah Melayu (1955)
Konflik antara Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan berkaitan status kemerdekaan yang dilihat hilang selepas ia bersama Negeri-negeri Melayu Bersekutu membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
 
Era Persekutuan Malaysia (selepas PRU 1964)
Konflik Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat di bawah Tunku Abdul Rahman Putra berkaitan pinjaman swasta oleh Kerajaan Kelantan perlu mendapat kebenaran Kerajaan Pusat. Menurut Kerajaan Pusat, ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 112(2). Namun, mahkamah memutuskan pinjaman tersebut tidak perlu kebenaran Kerajaan Pusat dan tidak melanggar Perkara 111(2). (S.Jayakumar, 1971)
 
Era Tun Hussein Onn (1977) 
Ancaman Akta Darurat sangat dibimbangi pada ketika itu. Apabila PAS ditendang keluar dari BN, Kelantan diisytihar darurat dan Pilihan Raya Negeri diadakan. Konflik perbezaan fahaman politik ini tidak pernah terhenti sejak Pilihan Raya Umum Pertama Malaysia. Nasib negeri yang tidak sefahaman akan terus diancam dan disekat. Itulah Akta Darurat yang memperlihatkan kuasa Kerajaan Pusat yang mampu mengganggu Kerajaan Negeri.
 
Era Dr Mahathir Mohamad (1983)
Pindaan Perlembagaan dibuat termasuk pindaan kuasa isytihar darurat di bawah kuasa Perana Menteri. Ini dilihat kerana keberkesanan Kerajaan Pusat menundukkan kuasa Kerajaan Negeri pada tahun 1977. Era inilah demokrasi paling tenat dalam sejarah Malaysia. Hak pembangkang dinafikan, hak negeri pembangkan juga dinafikan, ketidakadilan sosial berlaku, suara rakyat ditutup, Sabah dan Sarawak menjadi miskin dan monopoli ekonomi oleh golongan Kapitalis yang bersembunyi disebalik jawatan wakil rakyat.
 
Era Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor oleh Ketua Setiausaha (KSU). Usul Menteri Besar Selangor pindaan Perlembagaan di mana SUK dilantik oleh Sultan ketika itu gagal mendapat sokongan DUN. Pindaan ini adalah untuk tidak memberi ruang Kerajaan Pusat menundukkan Kerajaan Negeri terutama sekali apabila perbezaan fahaman politik antara kedua-duanya.
 
Era Tun Dr Mahathir Mohamad (Baru) 
Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan dilihat mempermainkan nasib Sabah dan Sarawak untuk kepentingan politik. Konflik menghimpit Kerajaan Negeri Sarawak kerana berbeza fahaman politik juga terus dibuat.
 
Interpretasi Perlembagaan Persekutuan oleh Mahathir terhadap kuasa Negeri Johor dengan bacaan bahawa Undang-undang Tubuh Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal jelas untuk melobi keputusan yang tidak sependapat dengan pihak Istana atas perlantikan Exco baru Kerajaan Negeri Johor.
 
Konflik untuk menundukan kuasa Kerajaan Negeri terus berlaku di era ini disebabkan perbezaan fahaman politik. Inilah cerminan betapa Federalisme di Malaysia ini mencengkam Kerajaan Negeri yang tidak sepatutnya berlaku. Konsep umum Federalisme kita adalah  ‘perkongsian kuasa’ dan Kerajaan Pusat fokusnya adalah mengurus Hak Bersama dalam Persekutuan ini dan bukannya menjadi medan parti penguasa di peringkat Pusat untuk memonopoli sebarang keputusan yang menguntungkan parti mereka.
 
ZHARUDIN NARUDDIN
Pengarah Pilihan Raya
PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 26/4/2019
- Advertisement -