PASTI Teluk Intan sertai kempen membaca

- Advertisement -
TELUK INTAN: PASTI Kawasan Teluk Intan telah menyertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran Perpustakaan Awam Teluk Intan yang diadakan di premis tersebut, di sini hari ini.
 
Kempen ini sebagai menyahut saranan galakan membaca oleh Kerajaan Malaysia dan sokongan dizahirkan menerusi penyertaan seluruh Cawangan PASTI Teluk Intan.
 
Sebagai pendedahan, murid-murid PASTI enam tahun telah dibawa menyertai aktiviti yang dijalankan dengan dipimpin para guru diketuai Pengerusi Majlis Guru PASTI Teluk Intan, Asiah Ahmad.
 
Selain membaca yang diadakan serentak pada jam 10 pagi dengan had masa sekurang-kurangnya 10 minit, murid juga dilibatkan dalam beberapa lagi aktiviti dilangsungkan.
 
Antaranya mewarna dan permainan dam ular gergasi di mana semua acara tersebut juga turut melibatkan penyertaan murid-murid daripada beberapa pra sekolah lainnya.
 
Menerusi kempen seperti ini bersama aktiviti diadakan, telah memberi peluang kepada para murid khususnya untuk saling berkenalan dan membina keyakinan mereka. – HARAKAHDAILY 23/4/2019
IMG 20190423 WA0047
- Advertisement -