Pemuda kenang Ustaz Zawawi dan Ustaz Taliban

- Advertisement -
TANJUNG MALIM: Suasana hiba menyelubungi para hadirin khususnya perwakilan dan pemerhati apabila Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Kali Ke-36 mengenang dua mantan Ketua Pemuda mereka, hari ini.
 
Rasa kehilangan jelas masih kuat berbekas apabila ditayangkan video tribut Allahyarham Ustaz Mohammad Zawawi Abu Hassan dan Allahyarham Ustaz Norazli Musa pada majlis di FELDA Residence Hot Spring, Sungkai, di sini.
 
Almarhum Ustaz Zawawi yang meninggal pada 8 Januari lalu juga pada hayatnya pernah ditaklifkan sebagai Exco Pemuda PAS Malaysia, Setiausaha PAS Perak, Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai dan Adun Gunung Semanggol.
 
Beliau menghembus nafas terakhir di Hospital Taiping setelah hampir setahun diserang angin ahmar yang menyebabkan kesihatannya terganggu dalam tempoh itu dan disemadikan di Kampung Tebuk Panchor, Bagan Serai.
 
Manakala Ustaz Norazli yang terkenal dengan panggilan Ustaz Taliban telah kembali ke rahmatullah ketika menunaikan umrah dan menghadiri konvokesyen anakandanya di Universiti Madinah pada 12 Mac lalu.
 
Beliau pada hayatnya adalah Presiden NGO Geng Ustaz, serta pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, selain juga Ketua Penerangan Ulamak PAS Perak dan Yang DiPertua PAS Kawasan Ipoh Barat.
 
Ustaz Taliban juga pernah menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak dan aktif dengan misi kemanusiaan antarabangsa di mana terakhir merupakan Timbalan Pengarah Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief). – HARAKAHDAILY 21/4/2019
IMG 20190421 WA0044
- Advertisement -