Muktamar Pemuda Perak angkat tema Wa’tasimu

- Advertisement -

TANJUNG MALIM: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melaksanakan tuntutan Perlembagaan PAS dengan melangsungkan Muktamar Tahunan Kali Ke-36 di FELDA Residence Hot Spring, Sungkai, di sini hari ini.

- Advertisement -

Muktamar gilang-gemilang yang membawa tema ‘Wa’tasimu’ ini turut mencatat sejarahnya apabila telah disempurnakan perasmian oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dengan semangat berinspirasi seruan dari ayat 103 surah Ali Imran itu, muktamar ini membawa mesej perpaduan ummah menerusi praktik Ta’awun Siyasi dengan Islam sebagai asasnya.

Di mana seluruh perwakilan dan pemerhati termasuk tetamu jemputan di bawa kepada realiti di bumi Malaysia tercinta pada hari ini yang menuntut seluruh umat Islam untuk bersatu-padu.

Iaitu dengan menggembleng tenaga menentang segala kemungkaran, penyelewengan, pemikiran serta pengkhianatan terhadap sendi negara yang telah dipersetujui bersama melalui Kontrak Sosial.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin dalam ucaptamanya menggesa para amilin gerakan Islam supaya mengutamakan prinsip Islam dan agenda perpaduan ummah.

Mereka juga diingatkan dengan sejarah turun ayat tersebut yang berkaitan peristiwa gangguan musuh Islam terhadap agenda perpaduan ummah hingga menggugat dan melemahkan.

“PAS tegas dengan prinsip namun anjal dalam strategi. PAS bersama rakan tahaluf melalui Gagasan Sejahtera bersama IKATAN, BERJASA serta 200 NGO dan NGI.

“Kini PAS turut melaksanakan ta’awun siyasi bersama Umno dan Barisan Nasional. Asasnya jelas. Terima Islam,” ujarnya yang juga merupakan Adun Selama.

Menurut beliau, kini adalah masanya untuk bangkit atas nama kebenaran dan keadilan merentasi sempadan politik kepartian ke arah membangun negara sejahtera dan menghadapi kebobrokan pemerintahan Kerajaan PH.

Majlis pada pagi ini turut dihadiri Ahli Badan Perhubungan PAS Perak, wakil Pemuda PAS Pusat dan wakil IKATAN, juga Adun Slim River, Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib bersama Pemuda Umno Perak, wakil NGO UMMAH dan ahli akademik, Prof Ridhuan Tee Abdullah. – HARAKAHDAILY 21/4/2019

IMG 20190421 WA0035

- Advertisement -