HAM: Menuju bahagia atau musnah hidup?

- Advertisement -
PENGHAYATAN agama dan keharmonian hidup perlulah selari agar kita tidak tersilap dalam membuat keputusan. Parahnya ialah apabila kita salah pertimbangan, tetapi merasa sentiasa betul, sekali gus meletakkan diri dalam bahaya. Dewasa ini, salah tafsir mengenai Hak Asasi Manusia menjadi satu barah serius yang menggugat keinsanan. Saban hari semakin meningkat tampilan individu dan pihak yang begitu berani menyerlahkan kesongsangan nilai hidup dan agama.
 
Antara tuntutan mereka ialah seorang manusia itu perlu diberi kebebasan untuk melempiaskan nafsu keinginannya hatta menggunakan pelbagai cara songsang sekalipun. Antara aktivis selalu menimbulkan kontroversi murahan ialah Numan Afifi yang juga mengaku mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka bersungguh memperjuangkan identiti jantina dan orientasi seks songsang hingga ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.
 
Sedihnya, beliau berdiri dengan nama Numan Afifi yang merupakan nama yang baik bagi seorang Islam. Menurut Numan dalam kenyataan di akaun facebook miliknya mengaku pihak polis telah pun memanggilnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukti Aman pada 26 April 2019 bagi memberi keterangan berhubung ucapan tersebut. Namun begitu, beliau  menegaskan berpendirian kukuh untuk tetap terus memperjuangkan hak songsang LGBT itu walaupun mendapat tentangan-tentangan pihak tertentu. Seolah-olahnya tanpa rasa malu dan bersalah.
 
Hal seperti ini dilihat sangat membimbangkan di mana Numan dalam ucapannya ada menegaskan bahawa beliau tidak takut dan akan terus membela hak asasi manusia ini di Malaysia. Lantang suaranya turut menyerukan rakyat Malaysia untuk bersama memperjuangkan solidariti ini dan seterusnya mengecam pihak yang menghalang perjuangan hak asasi manusia mereka canangkan. Kuat sekali ‘pegangannya’ seakan  berlandaskan dalil dan nas disebalik hakikat nyata bahawa semua  itu menurut segala kemahuan nafsu dan ajakan syaitan yang sentiasa dilaknat Allah S.W.T?
 
Perilakunya ini jelas membuktikan bahawa beliau sedang cuba dan akan terus cuba menyemarakkan api keagamaan. Maka di sini satu persoalan mulai timbul, siapakah yang berdiri dibelakang beliau sehingga berani mencabar, mengecam rakyat dan menyatakan kesungguhannya melestarikan fahaman songsang ini? Soalan ini mungkin terjawab melalui beberapa kenyataannya yang dipersetujui oleh seorang individu dari pihak Kerajaan PH iaitu Menteri Luar, Dato’ Saifuddin Abdullah di PBB bahawa isu LGBT ini bukanlah suatu benda yang dianggap terlarang. 
 
Mereka beranggapan, berfikiran terbuka itu perlu menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Penulis bersetuju untuk berfikiran terbuka, tetapi keterbukaan itu bukanlah sampai hilang akal dan terjatuh otaknya untuk berfikir kerana terlalu besar bukaannya. Malah, ramai dari mereka juga dominan bersikap kurang ajar, buruk akhlak dan hidup seperti tidak bertamadun!
 
Maka persoalan ini timbul, adakah ini yang benar dinamakan sebagai Hak Asasi Manusia? Adakah LGBT ini hak asasi? Adakah perkara LGBT yang berjaya membunuh manusia dengan HIV ini yang dikatakan sebagai hak asasi yang perlu kita benar dan lunaskan? Tidak! Bahkan ia satu perjuangan bodoh yang tidak selari dengan kehendak mana-mana agama pun. Ia jelas bertentangan dengan konsep agama itu sendiri iaitu membawa keharmonian. Di sini penulis ingin bertanya kepada semua pembaca, apabila kita disahkan menghidap sakit HIV dan mempunyai keturunan yang kacau bilau, di mana harmoninya hidup kita? Nauzubillahi Min Zaalik!
 
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati solat fardhu lima waktu sehari semalam yang termaktub sebagai rukun Islam kedua yang merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna ia menegakkan tiang agama, sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meruntuhkannya. Agama Islam telah menetapkan beberapa kelebihan bagi mereka yang patuh mengerjakan solat dan tidak ketinggalan juga dijelaskan beberapa jenis azab jika meringankan solat sama ada di dunia atau akhirat. Antara azab untuk mereka yang meninggalkan solat ini didunia ialah akan hidup dalam kemungkaran. 
 
Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T, maksudnya: 
“Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Ankabut: 45)
 
Maka melalui ayat ini, kita faham bahawa barang siapa yang meninggalkan solat, maka kehidupannya bergelumang dengan perbuatan keji dan mungkar seperti hubungan sejenis, hiburan melampau dan lain-lain perkara yang penulis berasa sangat hina untuk disebut bahkan dibincangkan. – HARAKAHDAILY 17/4/2019
- Advertisement -