PAS Bagan Serai ziarah mangsa rumah terbakar

- Advertisement -
BAGAN SERAI: Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai telah mengadakan kunjungan ziarah kepada mangsa kebakaran di taman belakang Pusat Komuniti, di sini semalam.
 
Ziarah dipimpin Ketua Muslimat PAS Bagan Serai, Rohaya Bakar itu turut disertai isteri Adun Gunung Semanggol, Nidhaal Hashim dalam menyantuni keluarga mangsa atas ujian yang menimpa itu.
 
Dalam lawatan tersebut, mereka menyampaikan ucapan takziah mewakili pihak PAS Bagan Serai serta menghulurkan sedikit sumbangan dalam usaha meringankan beban mangsa.
 
Kebakaran tersebut telah menyebabkan kerosakan pada sebahagian struktur hadapan rumah mangsa di mana dipercayai berpunca dari lintas pintas semasa kejadian yang berlaku kelmarin itu.
 
Dua kediaman tersebut adalah milik guru, Zarina Redzuan dan Ustazah Raihan Omar yang masing-masing mengajar di Sekolah Panglima Bukit Gantang dan Sekolah Agama Al-Falah Parit Tok Ngah. – HARAKAHDAILY 16/4/2019
 IMG 20190416 WA0057IMG 20190416 WA0056IMG 20190416 WA0055
- Advertisement -