Lumut dekati penduduk dengan kebajikan

- Advertisement -
LUMUT: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan bersama Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lumut telah mendekati para penduduk di Flat Taman Emas, di sini petang semalam.
 
Program tersebut bertujuan memperkenalkan PAS selain menyantuni hal ehwal kehidupan para penghuni dari pelbagai latar belakang yang mendiami bangunan berkenaan.
 
Pimpinan PAS Lumut yang hadir pada program itu adalah Yang DiPertua, Rasli Abd Rahman dan Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Zainal Abidin serta Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Raja Kamaruddin Raja Baharin.
 
Juga Setiausaha, Hamidon Ahmad dan Ketua Muslimat, Rohawati Abidin serta Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Zaharah Husin, juga aktivis masyarakat, Raai Yusof.
 
Selain mengumpulkan penduduk dan menyampaikan sumbangan, mereka turut meraikan pelajar kelas al-Quran percuma yang dikendalikan Ketua Ameerah, Nor Syahirah Abdullah.
 
Kebersamaan mereka dengan para penduduk juga dikukuhkan dengan aktiviti jamuan minum petang yang disediakan secara gotong-royong oleh penghuni flat tersebut.
 
Rasli dalam tazkirah ringkasnya menyentuh mengenai nikmat Allah yang menjadi kewajiban manusia selaku hamba untuk mensyukurinya, serta peranan sesama manusia sebagaimana PAS laksanakan.
 
“PAS bukan semata-mata parti politik, tetapi juga ada tanggungjawab membela kebajikan masyarakat. Juga menyuruh kepada makruf dan mencegah yang munkar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/4/2019
IMG 20190415 WA0047
 
IMG 20190415 WA0045
 
IMG 20190415 WA0044
 
IMG 20190415 WA0043
- Advertisement -