ECRL diteruskan, terima kasih

- Advertisement -

KERAJAAN Negeri Terengganu mengalukan pengumuman Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

- Advertisement -

Berita gembira ini disambut baik oleh seluruh warga Pantai Timur khususnya rakyat Terengganu kerana projek ini diyakini akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak positif kepada sosial penduduk setempat.

Dengan perkembangan ini juga, bandar-bandar utama dan sekitar akan tumbuh pesat seterusnya dapat meyakinkan pelabur dengan penyediaan pembangunan infrastruktur yang lengkap.

Saya percaya jika komitmen begini diteruskan, rakyat terbanyak akan mendapat manfaat daripada projek pembangunan yang dirancang.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
15 April 2019 – HARAKAHDAILY 15/4/2019

- Advertisement -