Muslimat diseru munajat sempena undi PRK Rantau

- Advertisement -
IPOH: Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad menyeru Muslimat PAS Kawasan seluruh negeri ini melaksanakan Solat Hajat buat kelancaran gerak kerja PRK N.27 Rantau. 
 
Beliau menyarankan agar Muslimat PAS bermunajat bersama Wanita Umno bagi mendoakan kemenangan calon BN, Dato’ Seri Mohammad Hassan yang bakal menempuh hari pengundian 13 April ini. 
 
Dr Najihah turut berpesan agar seluruh petugas Hal Ehwal Wanita (HalWa) yang sedang bersama dalam siri kempen supaya menjaga adab dan etika dalam melaksanakan tugas itu.
 
Katanya, sebagai barisan pembangkang, PAS dan Umno perlu komited memperkukuh gerak kerja dan muafakat bagi menjamin kejayaan dalam PRK Rantau ini. 
 
Dalam usaha ini, Dewan Muslimat PAS Perak maklumnya telah menghantar petugas dari kalangan HalWa Negeri dan Kawasan sebagai petugas mengikut jadual yang telah disusun rapi. 
 
Tambahnya, petugas kempen dari negeri Perak akan berkaloborasi dengan petugas kempen Terengganu bagi membantu kelancaran gerak kerja para petugas tempatan dalam PRK ini untuk mencapai kemenangan calon BN. – HARAKAHDAILY 11/4/2019
- Advertisement -