PAS hargai kunjungan Pesuruhjaya Tinggi S’pura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon ke Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Menurut beliau, pertemuan yang berlangsung hampir sejam tersebut menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa, dan mengimbau pertemuan Tuan Guru bersama mendiang Lee Kuan Yew sebelum ini.

“Saya berkongsi pandangan tentang konsep keadilan Islam dalam masyarakat majmuk, keutamaan untuk mendahulukan damai dalam berpolitik dan pengalaman PAS mentadbir Negeri Kelantan dan Terengganu,” ujar beliau menerusi laman Facebook. – HARAKAHDAILY 10/4/2019

sp

sp1

- Advertisement -