Kelantan tidak naik tarif air

nik amar
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak berhasrat menaikkan kadar tarif air dalam masa terdekat biar pun ada negeri lain bersedia meningkat tarifnya.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan pada mana-mana mesyuarat Exco setakat ini.

“Kadar tarif air masih kekal yang asal dan setakat ini kita tidak bincang untuk menaikkan kadar tarifnya,” ujar beliau kepada media selepas mesyurat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Hari ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar dilapor berkata, enam negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air, selaras usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Menurutnya persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan sekarang. – HARAKAHDAILY 10/4/2019

- Advertisement -