Ziarah anak anggota Amal di Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA: PAS Kawasan Putrajaya telah mengadakan ziarah mengunjungi anak kepada anggota Jabatan Amal Malaysia Putrajaya, Wan Raziemee Wan Razak di Hospital Putrajaya, di sini.
 
Anak beliau, Wan Rafiezee yang genap berusia 2 tahun dimasukkan ke wad kanak-kanak hospital tersebut sejak 6 hari lalu berikutan jangkitan kuman di paru-paru dihadapinya.
 
Pada ketika ini, anak kecil itu dinasihatkan doktor untuk meneruskan rawatan lanjut dengan bantuan oksigen, selain ubat antibiotik juga masih diberikan kepadanya untuk segera menyah kuman.
 
Lawatan oleh Yang DiPertua PAS Putrajaya, Roshidi Wahab dan Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Abdul Azim Abu Ziden itu sebagai merakam takziah dan menghulurkan sumbangan.
 
Mereka berharap dan mendoakan kanak-kanak comel itu segera sembuh dan kembali riang gembira untuk bersama ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya. – HARAKAHDAILY 8/4/2019
IMG 20190408 WA0053