Tautan Muslimat PAS – Wanita Umno di Lekir

- Advertisement -

LUMUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut giat mempertautkan hubungan pihaknya dengan Wanita Umno apabila turut menyusun pertemuan melibatkan Muslimat PAS Cawangan-cawangan.

- Advertisement -

Inisiatif ini sedang rancak diadakan hingga berjaya memahabahkan 70 ahli Muslimat PAS dan Wanita Umno di Cawangan Batu 7 Lekir dan FELCRA Gugusan Lekir, di sini Khamis lalu dan semalam.

Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin yang juga mantan calon PAS Dun Pasir Panjang menitipkan pesanan kepada kedua pihak untuk menjadikan Islam sebagai asas jalinan antara mereka.

Katanya, tidak berbangkit isu siapa mengikuti siapa, sebaliknya perlu berlumba membuat kebajikan dan takwa dengan mempraktikkan Islam dalam kehidupan termasuk juga siasah.

Dalam program di Batu 7 Lekir diadakan bacaan Yaasiin dan munajat AKIFI dibimbing Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Lumut, Ustazah Putiah Shahrani yang diadakan di premis milik Umno.

Sementara ucapan dari wakil Wanita Umno disampaikan oleh Jamaliah Hassan dan wakil Muslimat PAS oleh Ketua Muslimat PAS Batu 7 Lekir, Salwa Alang Ismail.

Manakala mahabah di FELCRA Gugusan Lekir dipimpin oleh Ketua Halwa PAS, Habibah Rasdi dan Ketua Wanita Umno, Jamaliah Bakar yang diisi dengan sesi ta’aruf dan jamuan ‘pot luck’. – HARAKAHDAILY 8/4/2019

IMG 20190408 WA0027

- Advertisement -