Sukan PASTI Pulau Pinang dilangsung warna-warni

- Advertisement -
BUKIT  MERTAJAM: Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Pulau Pinang telah berlangsung melibatkan 12 Kontinjen PASTI Kawasan di Kompleks Sukan MPSP, di sini semalam.
 
Dengan PASTI Permatang Pauh selaku tuan rumah penganjur edisi dwi-tahunan ini, perasmiannya telah disempurnakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.
 
Perbarisan semua Kontinjen PASTI Kawasan tampil memukau lebih 500 hadirin dengan tema seragam dipersembahkan yang melatari pembukaan penuh warna-warni.
 
Keputusan perlawanan akhir bola sepak yang mengheret ke penentuan penalti menyaksikan Permatang Pauh (B) muncul Juara setelah mengenepikan Tasek Gelugor (A) dengan jaringan 3 – 2.
 
Namun, Tasek Gelugor (B) mengubat kedukaan Kawasan itu apabila muncul Juara dalam acara bola jaring selepas persaingan sengit yang berakhir dengan keputusan seri, 1 – 1.
 
Pemain terbaik bola sepak dianugerahkan kepada Aqil Harith Mohamad Azhan, sementara bola jaring kepada Wan Nur Qyrienna, manakala Kontinjen Terbaik dimenangi Batu Kawan yang bertemakan Harimau Malaya.
 
Keputusan yang diraih pada kejohanan ini melayakkan juara terpilih mewakili negeri ke peringkat PASTI Malaysia di mana akan berlangsung di Melaka, 27 April depan.
 
Hadir sama pada program ini adalah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden dan Pengarah PASTI Negeri Perak, Ustaz Azahari Yahya. – HARAKAHDAILY 8/4/2019
IMG 20190408 WA0112
 
IMG 20190408 WA0107
- Advertisement -