Siku dan lutut politik (13)

- Advertisement -

●     SEORANG rakanku dari Indonesia dahulu sangat suka merujuk Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang Islamik. Dia juga membandingkan Tun Mahathir dengan Anwar yang baginya Tun tidak Islamik dan sering dilihat melanggar kehendak Islam. Aku menafikan sebahagian besar dakwaan dia berkenaan Anwar dan tidak menafikan sangat pasal Tun. Dan semalam, aku tunjukkan dia video Anwar sedang menari.

- Advertisement -

Dia terkejut dan bertanya, ‘Siapa itu pak? Anwar? Aku menjawab, ya. Dia langsung menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku maklumkan kepadanya yang jangan terlalu percaya sangat cerita yang baik-baik sebab takut terkejut dengan cerita buruk. Aku bukanlah apa, takutlah dia kata tarian Anwar dengan si India tu ala-ala tarian sufi, menari, sambil berzikir. Yalah, kan dah ada orang yang bandingkan Anwar dengan Imam Mahdi dulu?
 
●     Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin berkata adalah lebih baik memilih BN daripada PH. Ia sama-sama buruk. Dan buat sekalian kalinya PAS menegaskan keperluan memilih mudharat yang memberikan sedikit keburukan. Inilah yang ditekankan PAS daripada dahulu lagi kerana memahami yang parti politik di Malaysia, memang perlukan gabungan. Oleh kerana tiada yang baik, maka pilihlah yang paling kurang buruk. Buat masa ini, BN kurang mudharat. Dulu DAP dan PKR, kurang buruknya dari BN.
 
Yang menariknya, PAS boleh melabel kepada kedua-dua BN dan PH ialah dua mudharat kerana perbuatan mereka memang memudharatkan Islam dan rakyat. Tetapi tidak pernah kita dengar PH dan BN mengatakan PAS adalah mudharat yang terpaksa mereka pilih. Mereka ajak PAS ikut mereka untuk menguatkan pasukan dan memancing kepercayaan rakyat kerana rekod PAS yang cemerlang.
 
Jika tidak mahu mengikut mereka, maka mereka akan mereka cerita fitnah atau menangkap pimpinan bawah ISA (macam Tun lakukan dahulu) bagi mengoyak kepercayaan rakyat terhadap PAS. Tapi dalam masa yang sama, masih memujuk PAS bersama mereka. Inilah yang berlaku kepada BN dan PH. Mereka berdua tidak mahu bersama konon kerana dosa yang masing-masing lakukan, tetapi membuka pintu bagi PAS. Siapa dapat PAS, dia berjaya. Nampak? PAS tidak fitnah sesiapa jika tidak mahu bersama. Seorang pun boleh gerak.
 
●     Salehuddin Ayub dalam temu ramah beliau dengan Utusan telah mendakwa bahawa alasan kumpulan yang meninggalkan PAS kerana tidak mempercayai lagi kepimpinan Presiden PAS yang baginya sudah jauh lari dari matlamat. Dia menyatakan lagi dia masih menghormati akan fekah Presiden PAS, bersetuju yang Presiden PAS adalah alim yang hebat. Tetapi tidak menerima beliau dalam hal politik.
 
Katanya lagi, pimpinan PAS yang keluar itu mahukan Islam yang progresif. Dua kali diulangnya bahawa ‘kalau’ PAS masih bersama Pakatan, maka Presiden PAS sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dia juga mengungkit jasanya yang membuatkan Cina dan India mengundi PAS.
 
Pertamanya terima kasih atas pujian kepada Presiden PAS. Kalau dia tak sebutpun, sememangnya orang tahu yang Presiden PAS individu yang alim. Keduanya yang hendak kita tahu, apa hebatnya beliau duduk dalam kerajaan menjadi Menteri sekarang? Adakah dia rasa orang PAS menghormati beliau dan perasan hebat? Ketiganya dalam Islam, kita tak guna perkataan ‘kalau’ setelah terjadi sesuatu. Kerana penggunaan ‘kalau’ begitu dalam Islam ialah dari syaitan. Harap Salehuddin tidak dirasuk syaitan.
 
Keempat, Presiden PAS tak kebulur untuk menjadi Timbalan, malah Perdana Menteri sekalipun. Jika beliau mahu, boleh saja sertai BN semasa menang sejak dahulu. Sekarang pun tidak ingin. Jawatan MB Terengganu, boleh sahaja kalau dia nak. Buat satu PRK macam Anwar buat di Kajang dan Presiden PAS menang, jadi MB. Tapi dia tidak gila macam Anwar.
 
Kelima, Islam progresif? Apa yang progresifnya? Mengfitnah Presiden PAS yang kamu kata hormati fekah dan kealimannya dengan fitnah RM90 juta dan lain-lain fitnah? Menipu rakyat dalam manifesto? Kamu tutup pusat judi? Kamu tutup kilang arak? Menguar-uarkan kesalahan orang belum dibuktikan di mahkamah? Itu yang Islam ajar? Itu dipanggil progresif?
 
Dulu masa dalam jemaah Islam kolot, tidak pernah pula buat hal begini dan tidak diajarpun. Sekarang siapa yang ajar? Dalil mana? Kitab mana? Terima kasihlah kalau itu cubaan mahu mendakwa yang kamu lebih baik Islamnya daripada kami. Atau cubaan menggiurkan kami dengan pangkat dan harta dunia. Terima Kasih, Terima Kasih. Cuba lagi Abang Din.

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar – HARAKAHDAILY 8/4/2019

- Advertisement -