Darul Ta’lim dipukul ribut, perlu dana bantuan

LARUT: Kejadian ribut yang melanda daerah ini turut menyebabkan kerosakan terhadap struktur pondok pengajian Islam Yayasan Darul Ta’lim yang terletak di Bagan Baharu Ijok, Batu Kurau, di sini semalam.
 
Kejadian sekitar jam 4:00 petang itu telah menyebabkan musibah di mana telah merosakkan tangki air utama, kawasan wuduk, rumah tenaga pengajar, asrama lelaki, kelas pondok serta musolla.
 
Sehubungan itu, kerja pembersihan telah digerakkan secara gotong-royong dengan bantuan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Larut dan orang awam termasuk membaiki tangki air institusi itu pada pagi tadi.
 
Yang DiPertua PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin bersama pimpinan PAS Larut turut hadir melihat lebih dekat keadaan yang menimpa dan berharap pondok pengajian tersebut segera dibantu.
 
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Darul Ta’lim berharap sumbangan orang ramai akan membantu proses baik pulih kerosakan infrastruktur supaya kelancaran pengajian di situ tidak terjejas.
 
Bantuan kewangan dari orang ramai boleh disumbangkan langsung ke akaun Maybank Islamic 5583 0551 7486 atau sebarang pertanyaan hubungi talian 019-600 4963 (Ustaz Firdaus). – HARAKAHDAILY 8/4/2019
IMG 20190408 WA0088
 
IMG 20190408 WA0086
 
IMG 20190408 WA0085
 
IMG 20190408 WA0078