Sekat PH tambah kerusi Dun N Sembilan

- Advertisement -

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) tidak boleh sama sekali dibenarkan menambahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Negeri Sembilan untuk menyekat kelebihan pengaruh DAP.

- Advertisement -

Sehubungan itu, rakyat Rantau mesti memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Mohamad Hasan (Tok Mat) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau.

Demikian antara perkara yang ditekankan kepada jentera BN dan PAS pada mesyuarat dan perjumpaan setiap malam menjelang hari mengundi pada 13 April ini.

Tambahan pula dengan wujudnya taawun PAS-Umno untuk penyatuan ummah dan orang Melayu, usaha PH untuk menambah kerusi di Dun Negeri Sembilan bagi menguatkan kerajaan negeri yang didominasi DAP melalui PRK Rantau mesti dihalang

Mengikut rekod pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk PH Negeri Sembilan bertanding ialah PKR, DAP, PAN dan Bersatu masing-masing menerima 12 kerusi, 11 kerusi, tujuh kerusi dan enam kerusi.

DAP muncul sebagai parti paling berpengaruh berbanding PKR, PAN apabila telah memenangi keseluruhan sebelas kerusi manakala Bersatu langsung tidak memenangi mana-mana kerusi.

Manakala BN hanya memenangi enam belas kerusi termasuk Rantau apabila Tok Mat menang tanpa bertanding.

Walaupun PKR yang meletakkan calonnya di Rantau dan gabungan parti kerajaan itu sama-sama bersetuju memberi laluan kepada PAN sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, namun ia bukan satu perkara mudah untuk mengawal DAP.

Seperti isu terbaharu yang berlaku baru-baru ini apabila Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menguatkuasakan melarang penjualan minuman keras di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) sehingga mempertaruhkan kedudukan beliau sebagai presiden kelab akhirnya terpaksa akur dengan kehendak pihak tertentu.

Kerjasama antara PAS-Umno apabila sekitar 65 pengundi PAS di Parlimen Rembau, tidak mencukupi.

Justeru itu, BN perlu menguatkan lagi momentum usaha untuk meningkatkan undian dalam kalangan kaum India dan Cina di Rantau.

Hingga setakat ini, seluruh jentera BN di segenap Rantau telah dikerahkan, walau bagaimanapun nasib Tok Mat masih belum dapat ditentukan pada 13 April ini.

Justeru itu, anak-anak muda dan pengundi BN yang berada di perantauan diingatkan pulang mengundi memilih Tok Mat dalam usaha memastikan Tok Mat mempertahankan kerusi Rantau. – HARAKAHDAILY 7/4/2019

- Advertisement -