Tengku Mahkota Kelantan kahwin 19 April

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal melangsungkan perkahwinan dengan Cik Sofie Louise Johansson pada 19 April ini.

- Advertisement -

Majlis yang diadakan secara sederhana dan tertutup itu akan diadakan di Istana Balai Besar selepas solat Isyak.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dalam sidang media di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Menurutnya, Cik Sofie Louise Johansson, 33, merupakan kenalan lama Tengku Mahkota dan merupakan warganegara Sweden.

“Tuanku berharap seluruh rakyat mendoakan semoga majlis perkahwinan baginda dipermudahkan dan dirahmati Allah,” ujarnya.

Jelas Faziharudean, cenderamat sempena istiadat perkahwinan itu baginda menitahkan supaya disumbngkan kepada badan badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk), Rumah Anak Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah. – HARAKAHDAILY 6/4/2019

- Advertisement -