Ratifikasi Statut Rom: Kerajaan bersikap was-was

- Advertisement -

SAYA dimaklumkan Mesyuarat Kabinet telah membuat keputusan supaya Malaysia menarik diri dari meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), dengan alasan timbul banyak kekeliruan.

- Advertisement -

Bagi saya, tindakan sebegini mencerminkan sikap Pakatan Harapan yang tidak konsisten dan sentiasa dalam keadaan ‘was-was’ untuk membuat keputusan penting melibatkan kedaulatan negara, seumpama isu ratifikasi ICERD sebelum ini.

Persoalannya, adakah selepas ini akan ada lagi pengumuman YB Menteri yang dibatalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan alasan timbul kekeliruan dan bantahan, sedangkan yang keliru, tidak konsisten dan tidak bersatu hati adalah Jemaah Menteri sendiri.

Sepatutnya pihak Kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan dalam hal yang melibatkan kedaulatan negara, dan kita berharap agar rakyat tidak dihabiskan masa dengan keputusan yang tidak konsisten oleh Jemaah Menteri selepas ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Rejab 1440 / 6 April 2019 – HARAKAHDAILY 6/4/2019

- Advertisement -