Dr Fakhruddin dipilih YDP PAS Kuala Kedah

fakhrudin
- Advertisement -

KUALA KEDAH: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Kedah, setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung kawasan terbabit di sini, malam tadi.

- Advertisement -

Dr Ahmad Fakhruddin telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok pada mesyuarat agung baru-baru ini kerana hendak memberi komiten kepada kawasan Kuala Kedah terutama untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Semoga kehadiran Pesuruhjaya sebagai YDP di kawasan ini dapat mencetus idea baru sebagai persediaan PRU akan datang agar Kuala Kedah dapat mengulang kembali kemenangan 4-0 seperti yang diraih sedikit masa lalu,” ujar salah seorang perwakilan semasa sesi ucapan penangguhan.

Sementara itu YDP sesi lalu, Ustaz Omar Saad diberi kepercayaan sebagai timbalan dan Hamdi Ishak menjawat jawatan sebagai naib apabila kedua-dua jawatan itu juga menang tanpa bertanding.

Mesyuarat agung kali ke-45 yang diadakan di Dewan Al-Amin, Telok Bagan, dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. – HARAKAHDAILY 6/4/2019

- Advertisement -