PRK P.186: PAS Sandakan sedia letak calon

- Advertisement -
TERLEBIH dahulu pihak kami sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan seperjuangan mendiang YB Stephen Wong atas berita pemergian mendiang.
 
Justeru, bagi menyuburkan semangat demokrasi, PAS Kawasan Sandakan bersedia meletakkan calonnya  pada PRK kali ini. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas yang diadakan baru-baru ini.
 
‎Kajian secara rawak menunjukkan masyarakat Islam dan pelbagai kaum di Parlimen ini mengharapkan ada parti yang meletakkan calon Islam bagi memenuhi kehendak pengundi sebagai ‘Check and Balance’ kepada pemerintah sedia ada.
 
Selain itu, PAS Kawasan Sandakan melihat terdapat isu-isu setempat yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak berwajib yang memerlukan perhatian dan tindakan pihak kami.
 
Oleh yang demikian, PAS Kawasan Sandakan bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini selaras dengan hasrat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah.
 
Jentera akan digerakkan sebaik sahaja mendapat arahan daripada pimpinan PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah kelak.
 
SAHAR ABDUL MAJID
Yang DiPertua,
PAS Kawasan Sandakan
3 April 2019 – HARAKAHDAILY 3/4/2019
- Advertisement -