Az-Zahra, Gopeng: TASTI pertama di Perak

- Advertisement -
PENUBUHAN Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) merupakan usaha yang dijalankan di bawah Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Siti Ashah Ghazali. Usaha ini mendapat sokongan dan dokongan dari Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dari awal proses hingga kepada perlaksanaan projek rintis di di Kubang Pasu, Kedah. 
 
TASTI mempunyai objektif untuk mengisi rangkaian keperluan pendidikan awal kanak-kanak bermula seawal usia dua bulan hingga empat tahun sebelum memasuki Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Secara khususnya TASTI bertujuan untuk menawarkan kepada ibu bapa tempat penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam yang selamat dan kondusif.
 
Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng tampil ke hadapan menjadi kawasan pertama di Perak yang menyambut usaha baik ini. TASTI ini yang diberi nama TASTI Az-Zahra masih di dalam proses melengkapkan infrastruktur dan mendapat sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak. Rumah ‘corner‘ lot yang selesa dengan kadar sewa berpatutan menjadi pilihan lokasi awal dilengkapi oleh kemudahan, serta mendapat sumbangan terus dari ahli Muslimat PAS Gopeng serta masyarakat setempat.
 
Pada peringkat permulaan ini, JKM menasihati agar TASTI Az-Zahra mengambil minimum tiga kanak-kanak sahaja dan telah mula beroperasi sejak awal bulan Mac. Kini TASTI Az-Zahra mempunyai seorang tenaga bertugas mengasuh dua orang kanak-kanak yang berusia lingkungan dua tahun.
 
Dalam pada itu, TASTI Az-Zahra turut mendapat sokongan khas daripada Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad serta barisan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Gopeng. Sumbangan yang tidak putus juga diterima dari ahli PAS kawasan untuk TASTI ini. 
 
TASTI Az-Zahra masih memerlukan dan mengumpul dana untuk pembangunan dan kelancaran TASTI. Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun rasmi Ketua Lajnah Ekonomi dan Bendahari PAS Gopeng, melalui RHB BANK 1-58093-00085260 atau hubungi Siti Hakimah di talian 019-5547791.
 
Sebagai usaha lanjut untuk menambah peserta dan pembangunan TASTI, penjaga yang sedia ada sedang mengikuti Kursus Asuhan dan didikan awal kanak-kanak Permata Negara (KAP). – HARAKAHDAILY 3/4/2019
IMG 20190403 WA0028
 
IMG 20190403 WA0026
 
IMG 20190403 WA0025
 
IMG 20190403 WA0020
 
IMG 20190403 WA0019
- Advertisement -