Nasihat Syeikh Mustafa Bugho kepada Dr SAM

- Advertisement -

اهلا وسهلا ومرحبا بكم يا فضيلة الشيخ الشامي…

- Advertisement -

USAI Syeikh Mustafa Dib Bugho sampai ke Terengganu, terus bawa berjumpa tuan rumah, MB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Kebetulan waktu itu baru sahaja selesai majlis Pembukaan Sidang Dun Terengganu.

YAB Dr Samsuri menyuarakan kebimbangan akan amanah besar yang dipikul sebagai seorang pemimpin, bagaimana dia untuk menjawab di hadapan Allah nanti. Justeru beliau meminta nasihat dari Syeikh.

Syeikh memulakan nasihatnya dengan Hadis:

إن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها

“Sekiranya kamu diberikan jawatan kerana memintanya, Allah akan serahkan kepada kamu (tanpa sebarang pertolongan). Namun sekiranya kamu diberikan tanpa memintanya, kamu akan dibantu (oleh Allah) memikul tanggungjawab tersebut.”

[HR Bukhari]

Syeikh berpesan agar: 

1.     Sentiasa meminta pertolongan daripada Allah.

2.     Tunaikan hak setiap yang berhak.

3.     Jangan menzalimi sesiapa.

Di hujung nasihat, Syeikh menutup dengan sepotong lagi Hadis:

سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله…(اوله) إمام عادل

Tujuh golongan yang Allah akan naungi pada hari tiada naungan melainkan naunganNya..
Yang pertama sekali adalah pemimpin yang adil.

 [HR Bukhari & Muslim]

Tiadalah nikmat yang lebih besar selain dari seorang pemimpin yang senantiasa menerima nasihat dari alim Ulama’. Dan tiadalah kemuliaan terbesar selain dari seorang Ulama’ yang berani menasihati pemimpin terang-terangan.

Semoga negeri ini terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya.

28 Rejab 1440
2 April 2019

(ALANG IBN SHUKRIMUN) – HARAKAHDAILY 2/4/2019

  IMG 20190402 WA0012

IMG 20190402 WA0013

- Advertisement -