PAS Sabah beri hormat terakhir mendiang Stephen

- Advertisement -
SANDAKAN: PAS Negeri Sabah telah memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ahli Parlimen Sandakan, Dato’ Stephen Wong Tien Fatt Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, di sini.
 
Kehadiran tersebut diwakili Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid bersama beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Sabah di majlis penghormatan terakhir tersebut, pagi tadi.
 
Mewakili PAS Sabah dan beliau selaku juga Yang DiPertua PAS Kawasan Sandakan telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta rakan-rakan seperjuangan mendiang atas kehilangan tersebut.
 
PAS Sabah menyifatkan mendiang sebagai Menteri yang rajin berkhidmat dan banyak menyumbangkan jasa kepada rakyat sejak dimandatkan sebagai Ahli Yang Berhormat negeri ini.
 
Mendiang disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 28 Mac lalu akibat serangan jantung selepas mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit. – HARAKAHDAILY 1/4/2019
IMG 20190401 WA0040
- Advertisement -