Mujahid Siber Ipoh Timur siap siaga ke Rantau

- Advertisement -

IPOH: PAS Kawasan Ipoh Timur bersiap siaga bagi membantu calon BN di PRK N.27 Rantau dengan menghantar pasukan Mujahid Siber untuk bertugas sepanjang tempoh kempen.

- Advertisement -

Wakil pasukan, Idris Sujak memaklumkan, anggota  dari kawasan itu akan melaksanakan tugas mengikut giliran ditetapkan khususnya dalam menggerakkan operasi penerangan siber.

Terdahulu pasukan tersebut mengadakan pertemuan mengatur strategi operasi yang turut dihadiri Ketua Urusan Ulamak PAS Ipoh Timur, Ustaz Abdul Halim Maruai di Markas UPU Pengkalan Barat, di sini semalam.

“Pasukan ini akan menegakkan kebenaran dan kemurnian perjuangan Islam. Menjawab segala kesamaran dan menangkis pelbagai serangan dengan mujadalah yang berhemah,” terang Idris.

Ustaz Abdul Halim pula mengingatkan anggota pasukan tersebut bahawa alam siber juga adalah pentas jihad kontemporari untuk para pejuang mencari keredaan Allah dan pahala dari tugas yang dilaksanakan.

Menerusi ruang maya itu katanya, risalah Islam perlu menemui sasaran menyampaikan fakta dan data yang benar, selain pendekatan bersesuaian serta bistari, termasuk menjawab persoalan, menangkis fitnah dan menolak kebatilan.

Ujar beliau juga, usah dibimbangi dan resah terhadap aksi serta serangan tentera siber musuh-musuh Islam, sebaliknya hadapi mereka dengan sahsiah dan disiplin akhlak Islam. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

IMG 20190401 WA0021

- Advertisement -