Komdita rancang bina Institut Dakwah A’bangsa

- Advertisement -

TANAH MERAH: Kompleks Darul Iman dan Taqwa (Komdita) merancang membina Institut Dakwah Antarabangsa Malaysia (IDIM) bagi melahirkan ramai pendakwah di peringkat antarabangsa.

- Advertisement -

Ketua Pengurusan Komdita, Zainol Anuar berkata, IDIM akan bergabung dengan ratusan gerakan dakwah seluruh dunia bagi berkongsi pengalaman serta kaedah dakwah di negara masing-masing.

Katanya, kompleks itu akan dibina dengan sumbangan dana dari luar dan dalam negara, selain dibantu 90 ulama dan pemimpin Islam dari seluruh dunia.

“IDIM akan menjalinkan kerjasama dengan gerakan dakwah seluruh dunia bagi menjadikan sebuah institusi yang mempunyai rangkaian,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah Institut Da’waah Antarabangsa Malaysia di Kampung Bukit Gading di sini kelmarin.

Pembinaan IDIM yang merupakan kompenan penting Komdita dijangka melibatkan kos lebih RM25 juta.

Perasmian disempurnakan Pengerusi Majlis Syahadah Dunia, Dr Ismail Kassim; Felo Kanan Yayasan Perbandingan Agama New York Amerika Syarikat, Syeikh Dr Omar Salem dan Sheikh Javed Ali.

Zainol juga berkata, IDIM bakal dijadikan pusat kajian berkaitan ilmu perbandingan agama melalui seminar dan dialog antara 13 agama yang terdapat di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

- Advertisement -