Pemuda candat sotong dekati penduduk Pangkor

- Advertisement -
LUMUT: Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut buat julung kalinya telah mengadakan program mencandat sotong di hadapan Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor, di sini malam tadi.
 
Program yang menjadi aktiviti sulung bagi sesi kepimpinan baharu sayap PAS Lumut ini bertujuan mendekati dan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat di pulau pelancongan itu.
 
Pun demikian, program tersebut ternyata menggamit kehadiran peminatnya yang tersendiri di mana selain disertai penduduk tempatan dari pelbagai peringkat umur, turut bersama adalah peserta dari Pasir Salak.
 
Walaupun santai dan menikmati cuti, program tersebut juga menjadi pengalaman baharu kepada mereka yang kali pertama mencandat sotong, sementara peserta lainnya mempamerkan teknik pelbagai.
 
Pengerusi DACS Lumut, Mohd Firdaus Ahmad Tarmizi berkata, pihaknya bercadang mengadakan lagi program seumpama ini disamping menyantuni dan beramah mesra dengan warga setempat.
 
Program tersebut turut dijayakan oleh Pemuda PAS Cawangan Pangkor dan Cawangan Sungai Pinang Besar diketuai Mohd Firdaus Armi dan Mohd Zailani Yusof yang menyediakan BBQ buat peserta. – HARAKAHDAILY 31/3/2019
IMG 20190331 WA0015
- Advertisement -