Tok Mat calon pertama serah borang

- Advertisement -

SEREMBAN: Perarakan mengiringi calon Barisan Nasional, Dato’ Seri Mohamad Hasan ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau diiringi pimpinan BN dan PAS pada jam 8.74 pagi.

- Advertisement -

Laluan masuk ke lokasi penamaan calon, Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan padat dengan penyokong BN, disertai dengan laungan ‘Hidup BN, hancing PH’.

Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat adalah orang pertama yang memasuki dewan bagi menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi diikuti calon PH, Dr S Streram serta dua calon Bebas.

PRK Dun Rantau merupakan PRK ketujuh pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu selepas PRK Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih.

Ia diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi Dun itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu terbatal dan tidak sah.

Dalam PRU14, Mohamad, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram, seorang pakar bius yang menjadi calon harapan Pakatan Harapan (PH), dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas yang dikeluarkan SPR. – HARAKAHDAILY 30/3/2019

rt9

- Advertisement -