Siku dan lutut politik (6)

- Advertisement -

●     KHABARNYA arak dihidangkan secara percuma di Jonker Walk, Melaka. Kawan aku bagitahu, ada juga hidangan arak secara terbuka di majlis rasmi di BSKL. Jonker Walk sebenarnya sudah lama dikenali sebagai tempat minum arak secara terbuka. Tapi mungkin jarang-jarang percuma. Pengalaman aku sendiri pernah melihat awek bertudung sedang menogok air syaitan tu depan orang ramai. Janji kerajaan PH Melaka, mereka akan mengambil tindakan. Ayat skema. Tunggulah.

- Advertisement -

Namun di sebalik semua ini, kita sudah pernah didedahkan dengan majlis kutipan dana PRU bagi PH di Kuantan suatu ketika dahulu yang dihidangkan arak di dalamnya. Fauziah Salleh, yang menjadi Timbalan Menteri Agama sekarang, bangun membela. Tak ada dalil Quran dan hadis, tapi tak apa, asal boleh jawab. Tapi harapnya jangan atas sebab itu dia dilantik menjadi Timbalan Menteri Agama, sudahlah.

Nah sekarang, rakyat sudah boleh faham kenapa arak diberi percuma di Jonker Walk kan? Kita dah nampak acuan baulu, kenapa kita masih bertanya kenapa kuih itu bentuk baulu. Sama macam kita tanya pelacur, masih anak dara lagi ke?

     Nurul Izzah menggelarkan Tun M sebagai bekas diktaktor dalam satu temu ramah beliau dengan media. Beliau juga melahirkan rasa kecewa beliau dengan prestasi kepimpinan PH sekarang dan mengambil keputusan untuk berundur dari politik dalam PRU15 nanti.

Kenyataan Nurul Izzah ini tidak pelik kerana umum sudah mengetahui yang PH tidak mempunyai asas yang sama untuk bergabung. Tun nak lipat Anwar, Anwar nak sailang Tun. Malahan di sebalik semua kocakan itu, keladak yang banyak timbul ialah dari dalam kolam PKR sendiri dengan beberapa pimpinan utama mereka saling membalas ciapan dalam Twitter, sindir-menyindir, serang menyerang. Ia menunjukkan yang keadaan Anwar dalam PKR sendiri tidak disokong oleh pimpinan atasan mereka. Dan Tun, seperti biasa dan selamba membalas kenyataan Nurul itu yang beliau juga rasa kecewa dengan prestasi Menteri-menteri PH. Ringkas dan padat, sambil beliau alihkan isu bekas diktaktor itu.

Tiba-tiba mengamuk sakan Anwar, yang dimarahkan Presiden PAS bilamana Presiden PAS kata Tun bukan diktaktor, tapi tegas. Jangan nak bodek kata Pak Syeikh. Sekonyong-konyongnya, muncul pula Azizah bersetuju dengan Izzah. Apa kena dua beranak ini? Lawan laki dengan papa ke? Presiden PAS dah tahu siapa Tun. Sebab itu tak ikut dia?

●     Menteri penjaga agama, Mujahid bersindir-sindiran kepada ahli Parlimen Pendang dan Baling ketika menjawab soalan siapakah yang menerajui SPV sekarang. Dijawabnya beliau, ianya sudah pasti bukan Pendang dan Baling. Diheretnya lagi jawapan kepada Baling, I know what you did last summer, mengambil tajuk cerita seram Mat Salleh tahun 90-an dahulu. Maksudnya Baling ada berbuat onar dalam TH. Ok kita faham BN dahulu. Tapi apa kaitan dengan Pendang? Jawapan yang dia bagi kemudiannya itu, tanpa nama. Takut betul nak sebut.

Terus aku teringat beberapa lama dahulu, Mujahid tanya kepada raykat (ejaan baru bagi rakyat), bodoh sangatkah saya? Hari ini aku bersetuju dengan Mujahid. Memang hang tak bodoh sangat, tapi hang bodoh terlajak. Marahkan BN dulu menjawab acuh tak acuh dalam Parlimen, la ini hang pun sama.

     Mahasiswa lapar. Rasanya isu ini sudah lama. Zaman berzaman. Ramai yang terpaksa buat kerja luar untuk dapat duit tambahan. Ini semua isu duit. Sesetengah mereka terpaksa berhenti universiti kerana masalah kewangan. Teringat aku kepada satu kes di Amerika, awal 90-an mungkin, di mana seorang pelajar Malaysia di sana yang menjadi penghantar pizza, terkena tembakan penjahat. Alhamdulillah, dia hanya luka. Begitu kesungguhan beliau mahu menambah mencari pendapatan sambil belajar.

Kemudian datanglah Menteri bernama Saifuddin Nasution, memberikan jaminan yang isu ini akan diatasi dengan program Food Bank yang dakwa beliau bakal mengakhiri kesusahan mahasiswa. Food Bank itu akan mengumpulkan makanan dalam satu bilik dan akan dikendalikan sendiri oleh sukarelawan dari kalangan mahasiswa. Katanya lagi, ada juga restoran yang sudi menjadi penaja. Tetapi beliau tidak dapat memberikan berapa jumlah pelajar yang akan mendapat manfaat daripada program ini.

Sangat baik cadangan ini, tetapi aku cuma sekadar memberikan nasihat kepada adik-adik mahasiswa, ingat lagi janji pasal bayaran PTPTN? Ingat lagi janji yuran persekolahan percuma dari tadika sehingga ijazah? Ingat lagi janji sejuta perkerjaan selepas PH menang? Ingat lagi janji gaji minima RM1500? Jadi sendiri mahu ingatlah, sebab tukang tabur janji inilah, muka yang sama, suara yang sama, fizikal yang sama yang juga yang memungkiri janji-janji itu. Bersedialah adik-adik untuk terus lapar tapi sakit hati hanya sekali. Ianya jauh lebih baik begitu daripada lapar, kemudian percaya dengan janji penipu dan kena tipu, jadi dua kali sakit hati.

MOHD NASIR ABDULLAH
Bukit Payong, Marang – HARAKAHDAILY 30/3/2019

- Advertisement -