Mereka kenal saya – Tok Mat

- Advertisement -

SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Mohamad Hasan akan memberi komitmen terbaik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau.

- Advertisement -

Beliau turun berjumpa seramai mungkin pengundi di Dun Rantau bagi meyakinkan mereka dan memberi sokongan kepada BN.

“Mereka (pengundi) perlu memilih BN untuk menyemak imbang dalam Dewan Undangan Negeri.

“Oleh itu, saya perlu berjumpa seramai mungkin pengundi Dun Rantau kerana mereka ‘personal touch’ yang sangat penting bagi saya. Mereka kenal saya dan saya bukan orang luar, ini tempat kelahiran saya,” katanya kepada pemberita selepas selesai penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Seri Bandar Seri Sendayan.

Beliau yang sudah tiga penggal menjadi Adun Rantau dan Menteri Besar Negeri Sembilan mengharapkan semua calon dapat berkempen dengan sihat untuk menegakkan amalan demokrasi di negara ini.

“Semua orang ada peluang dan boleh berkempen secara sihat supaya tiada isu yang boleh membuatkan suasana keharmonian masyarakat di Rantau yang berbilang kaum terganggu.

“Saya berharap supaya tiada kempen yang boleh memudharatkan kita dan melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya yang mesra dengan panggilan Tok Mat.

Beliau akan dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH), Dr Streram A/L Sinnasamy dan dua calon Bebas, Malarcizhi A/P M.Rajaram dan Mohd Nor Yassin. – HARAKAHDAILY 30/3/2019

- Advertisement -