MP Miri diharap berfungsi, bukan sibuk di Rantau

- Advertisement -
AHLI Parlimen Miri, Dr Michael Teo sanggup ke Rantau memberi kupon makanan percuma berjumlah RM75,000 di lima sekolah. BERSIH menyatakan ini merupakan kesalahan pilihan raya sempena PRK Rantau.
 
Dr Michael Teo kini sudah penggal kedua menjadi Ahli Parlimen Miri. Berdasarkan pendapat umum beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang gagal bahkan tidak menjalankan fungsi sebagai Ahli Parlimen yang berkesan.
 
Selain itu, Dr Michael Teo juga tidak bersuara di Parlimen, bahkan hanya senyap dan tidak membawa suara rakyat di Dewan Rakyat. Sedangkan sebagai Wakil Rakyat beliau sepatutnya membawa suara rakyat dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan di Parlimen. 
 
Untuk makluman Dr Michael, masih ramai lagi penduduk di Parlimen Miri yang memerlukan bantuan. Sewajarnya Ahli Parlimen memberi fokus menambah baik perkhidmatan dan infrastruktur di kawasannya dan bukannya sibuk memberi ‘rasuah’ pilihan raya di tempat lain.  
 
Penduduk Miri berharap Ahli Parlimen Miri supaya lebih cekap, bijak dan turun padang bertemu rakyat, bukan hanya muncul di musim pilihan raya!  
 
MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak
Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri 
 29 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 29/3/2019
- Advertisement -