Terpulang SPRM panggil lagi pemimpin PAS

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS meletak keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes bayaran RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

- Advertisement -

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini pernah menafikan terlibat dengan dakwaan tersebut.

“Siasatan kes itu masih berjalan. Jadi terpulang kepada SPRM hendak panggil lagi pemimpin PAS. Kita tidak mahu ulas apa-apa lagi kerana Tuan Guru pernah menafikannya,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Seri Azam Baki semalam dilapor berkata, pihaknya akan menyerah kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berkaitan bayaran kepada Editor Sarawak Report.

Menurutnya, siasatan kes tersebut sekarang di peringkat akhir.

Ustaz Ahmad juga berkata, SPRM pernah memberi penjelasan isu tersebut. – HARAKAHDAILY 27/3/2019

- Advertisement -