‘Tajarrud’ hindar import keasingan dalam jamaah

- Advertisement -

IPOH: PAS Kawasan Ipoh Timur memperkemaskan agenda tarbiyah apabila melaksanakan majlis daurah yang menjadi aktiviti pertama sejak Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi kepimpinan baharu.

- Advertisement -

Pengisian disampaikan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Suhaimi Abdul Wafir yang juga naqib tetap bagi PAS Ipoh Timur itu berlangsung di UPU Pengkalan Barat, di sini semalam.

Beliau mengupas bab Tajarrud yang memperihalkan kepentingan memiliki jati diri sendiri di mana sangat antonim dibincangkan dengan tajuk Wala’ dan Bara’.

Terangnya, antara melengkapi pengertian tersebut dalam harakah adalah menolak anasir asing yang borpotensi memesong keaslian dakwah dibawa jamaah baik pada sudut fikrah mahupun tingkah laku.

Katanya, orang yang wala’ tidak akan mudah mengikut ‘trend massa’ yang kadang-kadang menjengkelkan kerana bermotif menagih sokongan atau populis.

“Orang wala’ dengan erti kata setia tidak akan terpesona dengan pihak lain walau seindah dan sebagus manapun mereka. Sebaliknya, menjadikan ia satu cabaran bagi membuktikan lebih baik dari yang lain,” hurai beliau.

Naib Yang DiPertua PAS Ipoh Timur, Roslan Suhaimi berkata, setakat ini pihaknya belum mengajukan jemputan kepada ahli Umno untuk menghadiri program khusus seperti itu.

Walaubagaimanapun menurutnya, bagi program-program umum pihak PAS Ipoh Timur tiada masalah untuk turut disertai ahli-ahli Umno bagi sama-sama mendapat ilmu dan pengalaman.

Majlis yang menjadi rutin bulanan ahli-ahli PAS ini ditutup dengan bacaan doa oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Ipoh Timur, Ustaz Abdul Halim Marudi serta jamuan ringkas. – HARAKAHDAILY 25/3/2019

IMG 20190325 WA0039

- Advertisement -