Program ISIUKM tetap dibanjiri anak muda

- Advertisement -

BANGI: Meskipun program bicara bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diumumkan perpindahan tempat program pada lewat petang tadi, namun tetap dibanjiri oleh kalangan anak muda untuk tidak melepaskan peluang menyertainya.

- Advertisement -

Program anjuran Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) itu bukan hanya dihadiri oleh anak muda bahkan juga turut disertai oleh ahli-ahli parlimen PAS.

Seorang peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, beliau bersama rakan-rakan mendapat makluman perpindahan tempat melalui aplikasi WhatsApp sekitar lewat petang tadi.

Namun katanya, walaupun diubah tempat di saat akhir hal ini langsung tidak menjadi halangan kepadanya kerana beliau bersama rakan tetap teruja untuk mendengar bicara ilmiah dari figura berpengalaman luas ini.

Harakahdaily sebelum ini melaporkan ISIUKM terpaksa menyewa sebuah dewan di luar kampus bagi meneruskan forum bicara eksklusif bersama Tuan Guru Abdul Hadi yang berlangsung pada malam ini.

Forum Bicara Tokoh bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bawah tajuk Pembangunan Masyarakat Madani telah dipindahkan di dewan Bangi Convention Center, terletak tidak jauh dari UKM

Isu ini mendapat perhatian dalam sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit mempersoalkan tindakan pentadbiran UKM yang dikatakan berdolak dalik memberi alasan untuk memberi kelulusan tempat forum diteruskan di UKM.

Dalam pada itu, Presiden ISIUKM, Mohd Zofrie Zulhilmie Ruslee berkata pihaknya telah membuat permohonan untuk mengadakan program di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM bulan November lalu.

“Saya menerima surat kelulusan, kebenaran secara lisan dan bertulis dari pihak UKM pada 19 Mac baru-baru ini.

“Namun, program ini hanya diluluskan pada kebenaran untuk menjalankan program sahaja tapi tidak pada tempat yang dinyatakan di dalam surat permohonan program tersebut iaitu DECTAR.

“Amat mendukacitakan, surat yang kami hantar itu tidak dapat diteruskan pada peringkat yang lebih lanjut atas dasar wujud ‘sentimen politik’ pada program kami,” katanya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini telah mempelawa lebih ramai tokoh politik termasuk daripada pihak pembangkang untuk berkongsi idea di universiti awam bertujuan merealisasikan dasar kementerian itu untuk menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka. – HARAKAHDAILY 25/3/2019

ukm2

ukm3

- Advertisement -