PAS tetap jadi pilihan disebalik tohmahan

- Advertisement -
LARUT: Permohonan keahlian yang semakin meningkat dan berterusan, sama sekali menjadi realiti sanggahan kepada serangan bertalu-talu dihadapkan musuh politik kepada PAS.
 
Perkara sama turut dialami PAS Kawasan Larut di mana PAS Cawangan Kampung Teras Pekan Ijok menerima Anugerah Ahli PAS Teramai sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-57.
 
Anugerah disampaikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob kepada Ketua Cawangan, Mohd Faizal Ismail pada majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Selama, di sini kelmarin.
 
PAS Cawangan tersebut telah mendaftarkan 30 ahli baru di mana penganugerahan tersebut disifatkan Faizal sebagai semangat untuk pihaknya terus bekerja memajukan parti.
 
Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun Kubu Gajah, Mohd Sidek Shafiee, penyertaan semakin ramai kepada PAS menunjukkan serangan PH gagal menggugat.
 
Bahkan katanya, rakyat dapat melihat sendiri realiti kehidupan yang dizahirkan para pimpinan PAS, khususnya Presiden PAS di mana tetap sederhana tidak sebagaimana tuduhan dilemparkan.
 
Majlis perasmian bersejarah tersebut julung kali juga menyaksikan kehadiran pimpinan Umno Bahagian Larut diketuai Dr Mohamad Amin Zakaria. – HARAKAHDAILY 25/3/2019
- Advertisement -