PAS kecam Trump untuk mengiktiraf Bukit Golan kepada Israel

- Advertisement -

PAS berpandangan tindakan terbaru Donald Trump ini adalah melampau dan boleh menambahkan keganasan yang mengancam keamanan dunia.

- Advertisement -

Tindakan ini jelas menunjukkan kesombongan Presiden Amerika Syarikat yang dipengaruhi zionis dengan tidak menghormati pemilik asal bumi Palestin dan meneruskan agenda peluasan kuasa zionis di Palestin.

PAS mengekalkan pendirian tidak mengiktiraf cadangan Dua-Negara (TwoState) dan menolak sebarang tindakan hegemoni zionis yang hanya mendatangkan ketegangan di rantau Timur Tengah dan dunia keseluruhannya.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Rejab 1440 / 25 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 25/3/2019

- Advertisement -