Haji: Bukan sahaja soal istito’ah

khairuddinattakiri
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dalam soal haji perkara yang perlu dibincangkan bukan sahaja istito’ah (kemampuan) kerana terdapat dua perkara iaitu kemampuan dan keinginan.

- Advertisement -

Menurut beliau, penubuhan Tabung Haji adalah bagi mengumpul semua deposit awal bakal jemaah haji.

Tambahnya, ia digunakan sebagai modal perniagaan dengan harapan keuntungan serta dana dipulangkan kembali kepada bakal jemaah haji dalam bentuk subsidi.

“Maka perkara yang perlu dilakukan adalah bukan merancang sebanyak mana untuk diberikan subsidi berdasarkan sebanyak mana duit yang ada.

“Namun sebaliknya, perlu merancang perkara yang perlu diusahakan bagi mendapat pendapatan untuk menampung sebanyak mungkin keperluan subsidi,” ujarnya.

“Justeru itu, cara berfikir perlu dibetulkan, dengan harapan dapat mengembalikan hak rakyat untuk mengerjakan ibadah haji sepertimana hasrat penubuhan Tabung Haji dalam negara Malaysia,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 25/3/2018

- Advertisement -