Bukan Tun M saja tegur sikap menteri

UIA01
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sikap menteri kabinet perlu diubah demi masa depan dan rakyat di negara ini, demikian kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

- Advertisement -

Malah katanya, menteri kabinet kerajaan diingatkan tidak sombong dan sentiasa merujuk mereka yang lebih pakar, berkebolehan dan berpengalaman dalam bidang yang melibatkan portfolio kepentingan negara.

“Apa yang kita saksikan, teguran mengenai sikap menteri kabinet ini bukan hanya dilontarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja tetapi juga dari orang yang bukan berada dalam kabinet kerajaan hari ini seperti tokoh wartawan negara, Dato’ A Kadir Jasin.

“PAS percaya lontaran tajam Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada benarnya bahawa Tun Mahathir memang keseorangan menerajui negara sekali gus perlu dirombak menteri kabinet kerajaan hari ini dengan diisi oleh mereka yang lebih pakar dan berkebolehan,” katanya.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan pimpinan kerajaan yang terdiri daripada empat parti seolah hilang rasa hormat kepada Tun Mahathir sebagai ketua negara.

“Masing-masing (parti) ada agenda tersendiri. Tidak hairan mereka boleh mencabar keputusan Tun Mahathir seperti yang telah diputuskan oleh beliau untuk tidak mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi DAP berdegil mahukan pilihan raya itu diadakan, begitulah selanjutnya sehingga apa yang berlaku seperti hari ini,” tambahnya sebagai mengulas pandangan Presiden PAS baru-baru ini yang bersetuju kabinet kerajaan hari ini dirombak dan diisi dengan individu yang lebih berkebolehan dan berkemampuan.

Beliau tidak menafikan di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) teruk namun kerajaan Pakatan Harapan lebih teruk daripada kerajaan BN. – HARAKAHDAILY 25/3/2019

- Advertisement -