Bakti Sang Saka Biru sejahterakan Malaysia

- Advertisement -
SAYA rakamkan terima kasih kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mencurahkan bakti memastikan negara ini dalam keadaan aman sejahtera. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas menyaksikan pertukaran Kerajaan Persekutuan tanpa melibatkan setitik darahpun yang tumpah menunjukkan betapa matangnya rakyat Malaysia di dalam menghargai nilai keamanan. Sudah tentu ia terhasil dari gerak kerja pihak polis selama ini yang bertungkus lumus siang dan malam bagi memastikan undang-undang sentiasa berdaulat.
 
Teruskan bekerja demi negara. Logo PDRM yang tertera nama Allah dan Muhammad membayangkan bagaimana nilai agama yang tidak mungkin terpisah daripada gerak kerja seorang yang bergelar anggota polis. Ia memberikan isyarat bahawa integriti seseorang warga PDRM tidak boleh ditukar ganti dengan apa nilai sekalipun.
 
Selamat menyambut Peringatan Hari Polis Ke 212, semoga hari-hari mendatang di negara ini sentiasa dilimpahi keamanan dan kesejahteraan walaupun pentas politik negara menyaksikan pergiliran kerajaan yang memerintah.
 
Polis dan masyarakat berpisah tiada.
 
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
 
25 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 25/3/2019
- Advertisement -