Dun Kelantan harmonis berbanding parlimen

- Advertisement -

KOTA BHARU: Agenda perpaduan ummah yang berlaku dalam kalangan pembangkang sekarang memperlihatkan suasana politik lebih matang dan harmonis.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, keadaan itu dapat dilihat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan lebih tenang.

Sedangkan katanya di parlimen begitu berkecamuk dan sering kali tegang.

“Tujuh Adun Barisan Nasional di Kelantan lebih mesra kerajaan selaras dengan kerjasama Umno dan PAS.

“Di Kelantan sekarang hanya seorang pembangkang yang mewakili Pakatan Harapan iaitu Dato’ Seri Mustapa Mohamed daripada Dun Air Lanas,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Taman Uda Murni di sini, malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS negeri, Dato’ Mohd Nassurudin Daud, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Dr Ramli Mamat.

Selain itu, Ketua Muslimat kawasan Rohani Ibrahim dan Ketua Pemuda Kota Bharu Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Takiyuddin yang juga Yang Dipertua PAS Kota Bharu berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menjadi detik bersejarah apabila berjaya merubah lanskap politik negara.

Katanya, BN yang berkuasa sejak merdeka tumbang dan digantikan PH yang menguasai Putrajaya dan beberapa negeri. – HARAKAHDAILY 22/3/2019

- Advertisement -