PH ‘perkuda’ politik persepsi PRU14

- Advertisement -

ALOR SETAR: Politik persepsi tanpa mengira betul atau tidak digunakan habis-habisan Pakatan Harapan (PH) ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, politik persepsi secara murahan itu menyebabkan ramai rakyat terpengaruh.

“PH tidak kira sama mampu buat atau tidak semata-mata bagi menarik sokongan rakyat. Dan akhirnya berlaku perubahan lanskap politik Malaysia pada 9 Mei lepas,” katanya pada perjumpaan mahabbah bersama Pergerakan Wanita Umno Kedah hari ini.

Pergerakan Wanita Umno diketuai Dato’ Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah.

Pertemuan itu diadakan di Bangunan Umno Kedah dekat sini. Kehadiran rombongan Muslimat PAS Kedah sebagai memenuhi jemputan Pergerakan Wanita Umno bagi berkenaan merapatkan lagi ukhuwah dan menyusun aktiviti bersama.

Siti Ashah yang juga Adun Merbau Pulas berkata, tanpa kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dibimbangi politik orang Melayu dan Islam terus terpinggir. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

- Advertisement -