Orang kampung mahu kumpul RM9,980 seksa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengharapkan agar tiada cadangan untuk mengurangkan subsidi kepada jemaah haji.

- Advertisement -

“Harap-harap jangan ada cadangan untuk kurangkan subsidi,” kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakadaily.

Menurutnya bagi orang kampung hendak menghimpun duit sebanyak RM9,980 pun seksa.

Beliau berkata, matlamat Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah untuk membantu bakal jamaah haji.

Justeru, katanya kerajaan jangan cari jalan pintas untuk senang.

“Kerajaan mesti fikir menjadi pemudah untuk rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya, gaji yang dibayar hendaklah sepadan dengan tanggungjawab. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

- Advertisement -