Mangsa kebakaran Setapak disantuni PAS Wangsa Maju

- Advertisement -

WANGSA MAJU: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan kunjungan ziarah menyantuni serta memberikan sumbangan kepada para mangsa kebakaran di Kampung Setia Jaya, Setapak, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kehadiran rombongan diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Izamuddin Ludin bersama Naib Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhammad Nur Azmi Yusoff serta wakil Muslimat PAS Wangsa Maju, Asiah Md Bakri.

Selain menyampaikan sumbangan, pihak PAS Wangsa Maju melalui Izamuddin telah memberikan kata-kata semangat kepada para mangsa serta ahli keluarga mereka agar terus bersabar kerana musibah seperti itu hakikatnya merupakan ujian daripada Allah S.W.T.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk bersama menghulurkan pertolongan bantuan kepada mangsa, selain berharap agar pihak berwajib segera membantu mereka membina penempatan baharu.

Semua 41 mangsa kini ditempatkan di Dewan Serbaguna DBKL, Taman Melati dan Dewan Komuniti DBKL, Taman Ibukota setelah 11 kediaman mereka musnah dalam kejadian pada petang kelmarin. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

- Advertisement -