Kelantan perluas program bandar selamat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan bercadang memperluaskan lagi program ‘bandar selamat’ dalam usaha membanteras aktiviti jenayah serta gejala sosial.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, sehingga sekarang tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan usaha tersebut.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Tumpat dan Majlis Daerah Tanah Merah sudah melaksanakan program berkenaan.

“Baru-baru ini kita ada bertemu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyatakan hasrat untuk memperluaskan program bandar selamat kepada PBT lain.

“Kita akan melihat kawasan panas (hot-spot) atau laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti lokasi-lokasi yang kerap berlaku jenayah,” katanya pada persidangan Dun di sini semalam. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

- Advertisement -