Hina Nabi: Akta khusus, hukuman tegas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akta khusus perlu diwujudkan bagi memberi hukuman tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menghina Nabi Muhammad SAW.

- Advertisement -

Shaharizukirnain Abdul Kadir (PAS-Setiu) berkata, setakat ini tiada suatu akta khusus terhadap hukuman yang dikenakan kepada pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW.

“Kebelakangan ini, berleluasanya penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW di dalam media sosial.

“Saya berpandangan mungkin kerana tiada suatu akta khusus dikenakan hukuman kepada orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, melainkan hanya ada satu akta yang bersandarkan kepada akta hasutan sahaja,” katanya dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mengharapkan penghapusan hukum mati mandatori yang diputuskan oleh kerajaan tidak membawa kepada penghapusan hukuman mati secara keseluruhan di masa hadapan.

“Hal ini kerana, ia (hukuman mati) masih menjadi keperluan bagi membendung penjenayah,” katanya.

Shaharizukirnain turut mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan hukum Islam seperti hukum Qisas yang disebut di dalam Al-Quran kerana yakin hukum Allah ini yang terbaik. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

- Advertisement -