DAP ‘serang’ Kelantan tutup isu terowong

- Advertisement -

KOTA BHARU: DAP dinggap panas punggung apabila kertas siasatan skandal terowong yang mempalitkan nama besar parti itu dikatakan bocor.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata, pemimpin parti itu terpaksa melakukan agenda secara terancang dan bersusun bagi menutup rapat isu tersebut.

Katanya, mereka sedang berusaha keras bagi mengalih isu berkenaan biarpun dibangkit bertalu-talu pembangkang di Dewan Rakyat.

“Namun malangya mereka diam membisu dan tidak mahu menjawab persoalan berkaitan skandal tersebut.

“Tiba-tiba mereka melontar peluru terhadap Kelantan pula dalam isu panggung wayang yang sudah tidak ada dalam radar rakyat negeri ini,” katanya di sini.

Adun DAP Keranji Chong Zhemin dilaporkan mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan panggung wayang biar pun terdapat kes HIV yang tinggi.

Nazman yang juga Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri berkata, wakil rakyat terbabit jelas ketinggalan zaman menggunakan modal yang basi.

Skandal projek terowong bawah laut di Pulau Pinang disifatkan blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin ada kaitan dengan pemimpin kanan DAP. – HARAKAHDAILY 21/3/2019

- Advertisement -