Penduduk terjejas sungai tercemar

- Advertisement -

BALING: Penduduk di Kuala Ketil resah berikutan Sungai Ketil yang menjadi sumber bagi kegunaan harian mereka kini tercemar ekoran terdapat aktiviti perlombongan pasir.

- Advertisement -

Adun Kuala Ketil Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebelum ini air sungai tersebut begitu jernih dan boleh diminum.

Katanya penduduk juga sering mencari ikan dan mandi manda di sungai tersebut.

“Sekarang rezeki mereka terjejas kerana pencemaran yang berlaku. Kualiti air juga didapati merosot.

“Jadi saya harap kerajaan mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut kerana setakat ini difahamkan belum ada sebarang tindakan oleh pihak berwajib,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 20/3/2019

- Advertisement -