Wanita Umno dan Muslimat PAS Tambun bertemu

- Advertisement -
TAMBUN: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tambun dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Majlis Perjumpaan dan Suai Kenal Ahli Jawatankuasa kedua-dua pihak di Pejabat Umno Tambun, Ipoh malam ini. 
 
Pada majlis penuh sejarah julung kali diadakan tersebut turut dilakukan bacaan zikir munajat yang dipimpin wakil pimpinan Wanita Umno, Ehsan Ismail serta perkenalan awal melibatkan anggota yang hadir.
 
Ketua Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusof dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kesediaan kedua pihak membuka lembaran baharu demi kepentingan ummah dan agama.
 
Beliau juga menitipkan pesanan agar semua pihak mengikhlaskan diri dalam perjuangan dan lebih penting memanfaatkan medan politik sebagai medium berkebajikan kepada masyarakat. 
 
Ketua Wanita Umno Tambun, Surai Hussin pula berharap kerjasama politik antara PAS dan Umno ini dapat mengukuhkan barisan pembangkang sekali gus memelihara Islam dan hak Melayu yang kian tergugat kini. 
 
Kedua pihak juga menyatakan kesediaan menyusun atur pelbagai  program lanjutan di peringkat akar umbi bagi melancarkan segala gerak kerja ta’awun  siyasi. – HARAKAHDAILY 19/3/2019
20190319 233135
 
20190319 233219
 
IMG 20190319 WA0034
 
IMG 20190319 WA0035
- Advertisement -