Siku dan lutut politik (5)

- Advertisement -

●     DALAM PH banyak yang hilang. Ada yang hilang akal bila berhujah, ada yang hilang adab bila berkata, ada yang hilang malu bila menipu, ada yang hilang titik perpuluhan bila mengira, ada yang hilang sijil bila diminta, ada yang hilang agama bila berdebat, ada yang hilang dari radar bila bomba mati, ada yang hilang maruah bila membela pondan, ada yang hilang ingatan mana asal mereka bila berkuasa, ada yang hilangkan terjemahan al-Quran yang betul, ada yang hilang telur bila DAP marah, ada yang hilang hormat bodoh-bodohkan rakyat, ada yang sanggup hilang pahala untuk memfitnah, ada yang hilang bukti untuk mendakwa, ada yang hilang kewarasan bila mempolitikkan isu pembunuhan di New Zealand, ada juga pihak yang hilang selepas sungai sengaja dicemari.

- Advertisement -

●     Anwar Ibrahim, kembali bersuara selepas kali terakhir dilihat dalam kempen PRK Semenyih. Dalam kempen terakhir itu, beliau memilih untuk memfitnah Presiden PAS dan kawan baiknya dahulu Rameli Musa dengan mengaitkan keduanya bersepakat untuk membayar sejumlah RM1.4 juta kepada Clare Brown dalam kes penyelesaian saman luar mahkamah.

Masih tidak mahu berubah dengan penampilan baharu untuk PRK Rantau, walaupun kempen belum dimulakan Anwar sudah galak berkokok dengan ekor bergelumang tahi membelasah PAS, parti yang tidak bertanding tetapi sangat digeruni oleh musuh. Kali ini kita nantikan kertas fotostat mana pula yang dia nak tilik. Tak puas dia menipu disebabkan penyokongnya yang dungu tetap percaya, walau apa pun kisah darinya.

●     Menonton kembali kesungguhan Dr Badrol Amin mengangkat Anwar sebagai penyatu ummah dan kononnya masa itu dipersiapkan sebagai pemimpin ummah, membuatkan saya menguntum senyum. Katanya lagi Yahudi akan dibunuh di mana-mana sahaja, termasuk yang ada di Malaysia. Ironinya ketika itu Anwar diketahui mempunyai seorang rakan Yahudi di IMF iaitu Paul Wolfowitz. Mungkin Yahudi ini Yahudi yang beriman, sebagaimana dakwaan DAP yang mereka beriman.

Tambah Badrol lagi, baginya, Anwar dipercayai sebagai pemimpin Islam yang dijanjikan itu. Sayang bagi Anwar kerana sudah hampir dia menjadi pemimpin dunia Islam, beliau terpalit dengan isu memfitnah PAS. Mungkin pra syarat jadi pemimpin Islam itu ialah memfitnah dan berebut jawatan PM. Itu saya kurang pasti. Nak kena tanya Badrol Amin itu.

●     Anifah Aman wakil Bebas dari Kimanis dilaporkan meminta agar cadangan kerajaan bagi melaksanakan projek kereta terbang, dibuat di Sabah dan Sarawak dahulu. Tambah beliau lagi, disarankan agar buluh dijadikan bahan asas utama untuk membuat kereta terbang. Ianya ringan dan mudah didapati. Alasan utama cadangan beliau ialah bagi membantu kerajaan menjimatkan wang berbanding membina jalan raya yang kosnya pasti lebih tinggi. Beliau berkata demikian dalam perbahasan menjunjung kasih ucapan YDPA di Parlimen.

Saya tak tahu nak cakap apa, tapi Anifah ini bekas Menteri. Jadi sepatutnya dia bukan tak tahu apa yang mesti beliau ucapkan. Jadi fahamlah kita bahawa beliau sedang menganjing kat Kerajaan PH. Hebat sangat idea kereta terbang sampai orang tak percaya. Tetapi menganjing beliau itu turut terkena atas diri beliau kerana selama menjadi Menteri, kenapa tak baik prasarana seperti jalan raya di Sabah? Alhamdulillah PAS tidak terlibat.

MOHD NASIR ABDULLAH
KLIA, Sepang,
20 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 20/3/2019

- Advertisement -